Keluarga kepada Albertine Leo Jia Hui, yang hilang di pusat beli-belah di Iskandar Puteri Sabtu lepas, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ibu bapa kanak-kanak berkenaan juga tidak mengenali suspek kelima yang ditahan polis bersama anak mereka di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, Selasa lepas.