Remaja 17 tahun, Nurul Farhana Aishah Azni dilaporkan hilang sejak 23 Julai 2024 Foto PDRM

KUALA LUMPUR- Seorang penganggur berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan Nurul Aishah Farhana Azni di Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata, pemuda itu ditahan di Triang, Pahang, jam 12.30 tengah malam tadi, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Siasatan mendapati mangsa menghadapi masalah keluarga dan mempunyai hubungan rapat dengan suspek.

“Polis berjaya menyelamatkan mangsa yang ditempatkan di sebuah rumah saudara kepada suspek tersebut yang terletak di Triang.

“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tiada rekod lampau jenayah atau dadah,” katanya.

Menurut Mohd. Asri, suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan, pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Nurul Aishah Farhana, 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus, laporan mengenai kehilangan gadis itu dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari semalam di Balai Polis Batang Kali.

Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Bantu cari Nurul Aishah Farhana Azni

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast