Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering bernilai RM150,000 kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM Kedah bertarikh 23 Julai lalu.

“Bagaimanapun, usaha untuk mengesan pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut sedang dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya,  orang ramai dinasihati supaya menghubungi pejabat SPRM bagi mengesahkan surat-surat tawaran yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM sekiranya timbul sebarang keraguan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast