Kredit FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Badan pemikir Islam, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, diharap dapat terus memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu dihadapi komuniti Muslim di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebooknya malam ini, susulan perjumpaan beliau dengan Pengerusi IAIS Malaysia Dr Maszlee Malik hari ini, bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu untuk tempoh jangka panjang.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa.

“Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan soft diplomacy negara, serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara Muslim, hatta hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan MADANI selaras dengan dasar negara,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast