Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berucap pada Program Pencegahan Jenayah Dari porspektif Agama Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit di Masjid Bandar Baru Batang Kali. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JULAI 2024.

HULU SELANGOR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bersungguh-sungguh mengekal keamanan bagi mencapai kesejahteraan untuk masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anugerah keamanan mestilah dipelihara dan dipertahankan oleh seluruh warganegara.

Ini kerana katanya, setiap agama menuntut penganutnya sentiasa mencintai nikmat keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.

“Maka, saya ingin tegaskan di sini bahawa PDRM selaku penguatkuasa utama yang dipertanggungjawabkan dengan kuasa-kuasa yang ada akan bersungguh-sungguh dengan segala daya usaha untuk mengekalkan keamanan negara ini sekaligus menyumbang k earah kesejahteraan masyarajkat seluruhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Pencegahan Jenayah Daripada Perspektif Agama: Jenayah Tidak Mengira Warna Kulit di Masjid Bandar Utama, Batang Kali, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob.

Menurut Ayob, PDRM yakin hanya dengan sokongan dan kerjasama erat daripada semua pihak berkepentingan serta masyarakat, nikmat yang dirasai hari ini akan kekal dan dapat pula diwariskan kepada generasi akan datang.

Pada masa sama kata beliau, PDRM merakamkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan dan segenap lapisan masyarakat yang sentiasa menyokong pasukan itu dalam usaha pencegahan jenayah.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis itu, Ayob Khan menegaskan, pembentukan integriti seseorang bermula daripada nukleus utama iaitu keluarga dan semuanya bermula dari rumah.

Ujarnya, didikan keluarga, cara pembawakan diri serta hubungan social dalam sesebuah keluarga menajadi cerminan peribadi seseorang individu apabila meningkat dewasa kelak. – MalaysiaGazette