Mahmud Abdul Jumaat

KUALA LUMPUR – Peguam Mahmud Abdul Jumaat yang tidak lagi mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menyifatkan dirinya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes kematian kanak-kanak autistik itu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mahmud mendoakan keadilan akan bersama semua disusuli tanda pagar #justiceforzaynrayyan.

Terdahulu peguam Fahmi Abd Moin dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya berkata, beliau kini bertindak sebagai peguam kepada ibu baya Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikwzan Zahari

“Saya difahamkan Ismanira menghantar satu (surat) kepada Eimir Mahmud.co pada 18 Jun 2024 berkaitan penamatan perkhidmatan guaman yang mewakilinya.

“Jadi saya rasa tidak ada isu tarik diri, yang saya faham ditamatkan perkhidmatan,” katanya.

Pada 6 Disember lalu, jasad Zayn Rayyan, 6, ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Susulan hasil bedah siasat pada hari berikutnya polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kes bunuh.

Bagaimanapun pada 13 Jun lalu pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.

Zaim Ikhwandan Ismanira masing-masing berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Kedua-dua mereka minta dibicarakan.

Mahkamah yang bersidang hari ini menetapkan tarikh baharu 18 September untuk sebutan kes berikutan dokumen pendakwaan iaitu laporan CCTV dan bedah siasat yang masih belum diserahkan kepada peguam bela. – MalaysiaGazette