Rekaan pakaian rasmi kontijen Indonesia di Sukan Olimpik Paris 2024 itu diilhamkan daripada lagu kebangsaan negara, Berkibarlah Benderaku.

JAKARTA – Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) melancarkan pakaian seragam rasmi kontinjen atlet Indonesia pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Reka bentuk yang dicipta oleh pereka fesyen, Didit Hediprasetyo telah mendapat maklum balas positif, lapor Tempo.Co.

Didit adalah anak calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, rekaan itu diilhamkan daripada lagu kebangsaan negara, Berkibarlah Benderaku.

Beliau berharap jersi itu akan memberi inspirasi kepada atlet untuk mencapai potensi penuh mereka.

“Lagu, Berkibarlah Benderaku, menjadi inspirasi bagi koleksi jersi merah-putih ini,” kata Didit pada majlis pelancaran di Nusantara Garden di Darmawangsa, Jakarta Selatan.

Pelancaran itu mempamerkan jersi dalam format pameran yang unik, menggabungkan fotografi dan seni halus dengan penampilan oleh atlet dan model termasuk Ario Bayu, Mawar Eva De Jongh dan bekas jaguh perlumbaan kereta, Rio Haryanto.

Sementara itu, tTemasya terbesar dunia yang berlangsung di Paris itu akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan. – Agensi