Tan Sri Zaharah Sulaiman

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia, jam 11.23 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya

Allahyarham, bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.

“Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja di jemput menemui penciptanya (11:23pm). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Banyak Arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini. Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan,” kata Shahaniza.- MalaysiaGazette