Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja bernama Nurhusaidafauziyah Usih.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja bernama Nurhusaidafauziyah Usih yang dilaporkan hilang di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, Selangor sejak 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.57 petang, 8 Julai lalu iaitu kira-kira seminggu selepas seminggu kehilangan remaja berusia 17 tahun itu.

“Remaja itu merupakan warga Indonesia bernama Nurhusaidafauziyah berketinggia 165 sentimeter, warna kulit gelap dan berambut panjang selain mempunyai mata berwarna coklat serta berbibir nipis.

“Kali terakhir remaja terbabit dilihat berada di rumahnya di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, kira-kira 10 pagi pada 30 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette