Dua sindiket pelacuran warga asing tumpas apabila 117 individu termasuk 85 wanita warga asing ditahan dalam operasi khas di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor pada Rabu dan Khamis lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, turut ditahan 10 lelaki warga tempatan berumur 27 hingga 63 tahun yang disyaki penjaga premis pusat pelacuran warga asing terbabit, selain 18 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki Vietnam dan seorang lelaki warga Nepal berumur lingkungan 15 hingga 53 tahun.