Anggota polis yang menjadi suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 26 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR- Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini.

“Pihak Bukit Aman menerima cadangan Ketua Polis Perak untuk menahan kerja anggota polis terbabit,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Untuk rekod, anggota polis berpangkat Lans Koperal itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast