PARIS – Pasangan beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei memulakan saingan acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan pasangan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han hari ini.
Berada di ranking kesembilan dunia, kedua-duanya berjaya mengatasi permulaan perlahan dengan mencatatkan kemenangan 23-21, 21-12 untuk mata pertama dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Porte de La Chapelle.
Tan Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat esok sebelum menamatkan pusingan robin menentang penyandang juara Asia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China pada Isnin.
Terdahulu, pasangan nombor dua dunia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping menewaskan beregu dari Amerika Syarikat itu 21-11, 21-14.
Hanya dua pasangan teratas dalam peringkat kumpulan mara ke suku akhir. – Bernama