Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh dan cedera semasa mendaki Gunung Lambak di Hutan Lipur Lambak, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki cedera selepas terjatuh di laluan curam dan berbatu semasa mendaki Gunung Lipur Lambak, Hutan Lipur dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Bomba Kanan, Mohd Aini Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 8.36 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota dibantu masing-masing dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh dan cedera semasa mendaki Gunung Lambak di Hutan Lipur Lambak, Kluang, hari ini.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menjejaki mangsa yang merupakan lelaki berusia 55 tahun.

“Mangsa ditemui kira-kira 800 meter dari aras laut dan mengalami kecederaan di kepala. Pihak bomba kemudian membawanya turun ke kaki gunung tersebut.

“Lelaki berkenaan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut, operasi selesai pada pukul 11.27 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette