Park Jun Heong sah bersama JDT. Foto FB Johor Southern Tigers.

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong sebagai import terbaharu kelab itu.

Pengumuman itu dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini mewakili kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain pertahanan itu mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Portugal selain pernah bermain untuk Suwon Samsung Bluewings di Korea Selatan dan Kitchee SC di Hong Kong. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast