Kamaruddin Md Noor

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Renok, Gua Musang, esok.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor ketika dihubungi media mengesahkan pengumuman calon akan dibuat petang esok.

Sebelum ini dua nama iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad disebut-sebut bakal menjadi calon Bersatu bagim PRK Nenggiri bulan depan.

Sheikh Razali adalah ahli Bersatu yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang manakala Sun Najaman pula penggawa di Dabong.

SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast