Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden seorang wanita yang maut akibat rentung dalam kebakaran di Taman Lembah Maju, Ampang malam tadi.

Insiden itu juga menyebabkan seorang lelaki yang dipercayai kekasih kepada mangsa turut cedera apabila cuba menyelamatkan mangsa.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dengan kemungkinan mangsa melakukan khianat sehingga meragut nyawanya sendiri.

Kata beliau, pusat kawalan Ampang Jaya arahkan anggota unit peronda polis ke lokasi untuk tindakan awal manakala pihak bomba dari Balai Bomba Pandan (BBP) Indah dan BBP Ampang hadir untuk memadamkan api.

“Mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki mengalami kecederaan di kaki, tangan serta muka,” katanya.

Pagi ini MalaysiaGazette melaporkan kebakaran yang menyebabkan seorang wanita rentung terbakar manakala seorang lelaku melecur. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rumah terbakar, wanita melecur 80 peratus maut