PENGAMAL media dan kakitangan BSN bergambar selepas kejohanan boling BSN Media Meet 2024 – Bowl & Bond di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, semalam,

KUALA LUMPUR – Kejohanan boling Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama media yang diadakan di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, dekat sini, semalam berlangsung meriah apabila disertai seramai 70 pengamal media.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellisa Muzammil berkata, kejohanan bertemakan BSN Media Meet 2024 – Bowl & Bond itu berjaya menarik penyertaan 16 pasukan daripada 14 agensi media.

Menurut beliau, kejohanan itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan BSN kepada orang ramai.

“Aktiviti bersama media ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 BSN.

“Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa bersama kami hari ini,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan itu semalam.

Sementara itu, pasukan daripada TV9 muncul juara kejohanan tersebut apabila berjaya membuat 1,239 jatuhan pin dalam format pertandingan dua pusingan.

Pasukan Bernama pula muncul naib juara dengan 1,103 jatuhan pin dan pasukan Meshamor di tangga ketiga (1,097 pin) manakala pasukan MalaysiaGazette sekadar di tangga ke-10. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast