Aktivis pembangkang, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin selepas direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 JULAI 2024

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman dua hari terhadap Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin hari ini dan esok.

Menurut peguam mewakili Chegubard, Muhammad Rafique Rashid Ali, mahkamah membenarkan permohonan atas bagi memberi ruang kepada polis menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum ini, pada 22 Julai lepas, Chegubard dalam sosialnya ada mendedahkan dokumen sulit berkaitan seorang pegawai tertinggi TLDM.

Kata Rafique, anak guamnya sedang disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam Chegubard ditahan polis selepas hadir memberikan keterangan berkaitan dakwannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast