Gambar hiasan

TOKYO – Jepun mengeluarkan amaran strok haba pada 38 daripada 47 wilayah Jepun kerana gelombang haba yang kuat pada Isnin mungkin menyebabkan suhu melonjak sehingga 40 darjah Celsius di beberapa wilayah.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, sistem tekanan tinggi terus membawa cuaca terik terutamanya ke timur dan barat Jepun.

Menurutnya, suhu mungkin akan mencapai 40 darjah Celsius di bandar Kumagaya, Kofu dan Hamamatsu.

Suhu setinggi 39 darjah Celsius diramalkan untuk bandar Saitama, Maebashi, Kyoto dan Okayama, dan 38 darjah Celcius di Tokyo, Utsunomiya, Otsu dan Kochi, menurut JMA.

JMA menasihatkan orang ramai supaya menggunakan pendingin hawa dan kerap mengambil cecair dan garam, serta mengelak daripada keluar dan bersenam di luar rumah. – Agensi