Tangkap layar laman Facebook Pekan Pahang

KUANTAN – Remaja yang dilaporkan hilang di Pekan semalam dipercayai telah dalam keadaan selamat di Masjid Negeri, di sini pagi ini.

Penemuan itu disahkan oleh ibu kepada Muhammad Amin Ahmad Sabri, 15, ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi ini.

Ibu pelajar itu memberitahu, beliau kini tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk berjumpa dengan anaknya dan membatalkan laporan polis kehilangan Muhammad Amin yang dibuatnya.

“Dia (Muhammad Amin) sekarang ada dengan wakil sekolah di situ,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, MalaysiaGazette sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut tentang kehilangan pelajar ini daripada pihak polis.

Semalam, tular di laman Facebook Pekan Pahang dan aplikasi Whatsapp berkenaan kes pelajar dikatakan hilang selepas kali terakhir dilihat di pasar raya Mydin.

Ketika itu, Muhammad Amin yang berpakaian baju-T sekolah berwarna biru dalam perjalanan untuk pulang ke sekolah berasrama di Pekan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast