Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan kepada pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Mohd. Zulfahimin Mahdzir kerana didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2020.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh, Mohd. Zulfahimin gagal membela diri terhadap keterangan saksi yang nampak mangsa mabuk di sebuah hotel terkemuka.

Keputusan itu dibuat pada 25 Julai lepas dan penghakiman bertulis diperolehi media pada hari ini.

Sebelum ini, Mohd Zulfahimin membuat pengakuan bahawa beliau melakukan hubungan seks dengan kerelaan mangsa, namun perkara itu disangkal mangsa.

Beliau didakwa merogol mangsa di sebuah bilik hotel, di sini, antara jam 1 hingga 3 pagi 5 Disember 2020.

Tertuduh akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast