Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita kerana warga asing menjadi ‘tauke’ mengawal bekalan dan harga produk pertanian, termasuk kebimbangan tanah di negeri baginda ‘dijajah’.
Baginda bertitah, sebagai contoh tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha, tetapi kini disewakan kepada warga asing.