Dua lelaki maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra, Kedah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu dikatakan sempat mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi sebelum terperangkap dan lemas di dalam lubang.