Pelajar Tingkatan Satu Cedera Dipukul Lima Senior #MGFlash

Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di sini, 24 Julai lepas.