Polis Diraja Malaysia mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Maldives kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke negara berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata pihaknya sudah berhubung dengan pihak berkuasa Maldives mengenai tangkapan itu.