Seramai 110 warga asing dan seorang majikan warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan Ops Bersama di beberapa daerah dari Isnin sehingga semalam.

Pengarah JIM negeri, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata ia dilakukan berikutan aduan orang awam mengenai kehadiran warga asing termasuk mereka yang bekerja dipercayai tanpa permit sah.