BARU-BARU ini, 24 Julai lalu, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak telah mengisytiharkan Deklarasi Gombak mengenai Kesucian dan Nilai Hidup Manusia dalam Konteks Genosid.
Pengisyhtiharan itu adalah sempena Persidangan ISTAC-IIUM bersama CENTHRA mengenai Kesucian dan Nilai Hidup Manusia yang bertempat di kampus IIUM di Gombak.
Persidangan yang menghasilkan Deklarasi Gombak tersebut wajar diperhatikan dari sudut usaha Malaysia dalam menyatukan komuniti global, masyarakat dan organisasi dalam pendirian kolektif menentang pembunuhan berama-ramai sambil menekankan kepentingan hidup manusia.
Hari bersejarah itu telah mengumpul kira-kira 300 orang perserta dari kedutaan-kedutaan asing (duta dan wakil-wakil duta) badan bukan kerajaan, agensi dan jabatan kerajaan, ahli akademik dari dalam dan luar negara, ahli-ahli parlimen serta pelajar-pelajar universiti. Ia menandakan kesatuan masyarakat dan organisasi yang dipimpin oleh ISTAC-IIUM ke arah menghapuskan genosid. Ini adalah satu-satunya persidangan yang diusahakan di Malaysia, anjuran sebuah universiti, dengan kerjasama dan sokongan badan bukan kerajaan.
ISTAC-IIUM dan CENTHRA menegaskan sudah tiba masanya masyarakat sivil dan universiti di Malaysia secara kolektif mengambil langkah mengambil tindakan menyedarkan masyarakat dunia dan seterusnya memberhentikan tindakan kemanusiaan membunuh manusia dalam konteks genosid.
Langkah ISTAC-IIUM CENTHRA bertujuan memulakan proses pelbagai saluran untuk menjadikan genosid sebagai jenayah di mana penjenayah/pelaku genosid mesti membayar ganti rugi bagi setiap manusia yang dibunuh.
Rasional disebalik persidangan melalui Deklarasi Gombakbialah mendalami asas falsafah, agama dan etika yang menyokong kesucian dan nilai hidup manusia.
Ahli panel yang terdiri dari 16 aktivis dan sarjana bidang kemanusiaan, pakar peperangan, undang-undang dan media memberi pandangan dan rancangan apa yang perlu/mesti/wajar dilakukan untuk menetapkan bahawa genosid adalah satu jenayah yang tidak dapat diterima akal, dan mesti diberhentikan segera.
Mereka bersepakat mengenai pendirian tradisi dan agama masing-masing, persepsi kehidupan manusia dalam masa perang, dan konflik bersenjata lalu merangka peraturan undang-undang dalam melaksanakan pampasan kepada mangsa dan keluarga terbabit. Persidangan dan Deklarasi itu bertujuan menginatkan pihak yang melalukan genosid bahawa mereka akan dikenakan membayar pampasan bagi setiap mangsa.
Persidangan dan Deklarasi Gombak itu, walaupun dicetuskan oleh malapetaka yang berlaku di Gaza, juga merujuk kepada tindakan genosid di lain-lain tempat dan negara di dunia, seperti Myanmmar, India, China, Rwanda dan Bosnia. Penyerlahan krisis kemanusiaan itu mendesak pihak penganjur melakarkan satu kerangka antarababangsa yang mengukuhkan kesucian dan nilai hidup manusia.
Walaupun genosid bukan perkara baharu dalam masyarakat dan sejarah manusia, ia menutut dialog, anjakan kesedaran, dan tindakan yang baharu. Ini adalah kerana apa yang telah dan akan berlaku bertolak dari perbuatan menyahmanusia dari status dan kewujudan kemanusiaan itu. Apabila seorang atau sekelompok manusia dinyahmanusiakan, maka pembunuhan itu berlaku dengan lebih mudah
Pembunuh, dalam hal ini, yang terdiri dari bala anggota tentera Israel, misalnya melihat orang Palestin sebagai ‘bukan manusia’, sebagai ‘manusia binatang,’ ini diperluaskan oleh media antarabangsa. Liputan media antarabangsa seperti CNN dan BBC melihat kematian orang Palestian sebagai tidak sama dengan kematian orang Israel, Eropah atau Amerika. Media Barat menganggap orang Palestin sebagai Arab dan manusia yang tidak ada negara, sebagai pengeluaran media kewartawanan, mejurus kepada bahan media dan budaya popular.
Romil Shamsudin, aktivis humanitarian dan pengarah advokasi CENTHRA m mendesak bahawa nilai hidup manusia diberi keutamaan semua negara. Semua kerajaan mesti memberi nilai kepada semua warganegara mereka, tidak kira majorit atau minoriti. Perlakuan genosid oleh kerajaan-kerajaan pada abad ke 21 merupakan satu malapetaka yang besar kepada bangsa manusia. Jika kita megah dengan kemajuan diri kita dalam meneroka teknologi, ia jelas dilakukan tanpa nilai.
Dengan itu, Deklarasi Gombak yang diisytiharkan itu memuatkan sembilan deklarasi seperti berikut:
Deklarasi 1
Nilai hidup manusia tidak boleh diukur dan instrinsik kepada setiap imdividu, tidak kira bangsa, etnik, agama, gender, atau ciri -ciri lain.
Deklarasi 2
Nilai hidup manusia tidak boleh dikira berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi atau utilitarian tetapi dengan berdasarkan kepada harga yang ada pada setiap manusia – iaitu, tidak ternilai dan dan tidak boleh disangkal
Deklarasi 3
Semua negara dan pelaku-pelaku berkaitan mesti mengambil langkah yang patut untuk melindungi dan menegakkan hak untuk hidup kepada semua individu dalam bidangkuasa mereka, menentukan bahawa digniti setiap individual tidak boleh dikompromi.
Deklarasi 4
Mana-mana tindakan yang mengugut atau mencabuli hak untuk hidup melalui genosid dan lain-lain tindakan kekejaman yang serupa, mesti dikutuk sehabis-habisnya dan dihukum seluas-luasnya seperti yang dibenarkan dalam undang-undang antarabangsa
Deklarasi 5
Masyarkaat antarabangsa must bersama berusaha untuk membenteras dan bertindak balas kepada keadaan di mana nilai hidup manusia tidak diendahkan atau dinyahnilaikan, menurut prinsip-prinsup hak asasi yang termaktub dan diperuntukan dalam undang-undang antarabangsa
Deklarasi 6
Impak genosid menjangkau kehilangan terdekat kehidupan kepada kehakisan sosio-ekonomi, kehilangan tempat tinggal dan trauma psikologi yang berpanjangan. Dengan itu kita menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mempertingkatkan dengan segera kerangka undang-undang antarabnagsa mengenai genosid dengan menggunapakai dan memasukkan bahagian ‘Kos Genosid’ sebagai yang termaktub dalam lampiran deklarasi ini yang akan berperanan sebagai pencegahan yang berkesan menentang perlakuan, penyokongan dan promosi genosid.
Deklarasi 7
Semua negara mesti melaksanakan initiatif pendidikan dan peningkatan kesedaran yang berkesan kerana ia penting dalam memupuk satu budaya yang menghormati kehidupan manusia, mencegah perbuatan menyahmanusia terhadap individu , dan menggalakan keamanan mapan.
Deklarasi 8
Kita memperakui kepentingan tindakan kolektif dan solidariti di kalangan negara masyarakat sivil, dan pertubuhan antarabangsa untuk membentuk dunia di mana digniti manusia di tegakkan, dan kesucian kehidupan tidak dapat disangkal
Deklarasi 9
Kita menyeru semua negara mengesahkan iltizam mereka untuk menegakkan prinsip-prinsip yang disuarakan dalam Deklarasi ini dan mempertingkatkan kerjasama dalam usaha mencegah dan bertindak balas kepada tindakan kekejaman dan genosid.
Mereka yang berucap pada Persidangan itu ialah advokat Anti-Zionis Rabbi Yisroel Dovid Weiss dari pertubuhan Neturei Karta; Prof Datuk Abdelaziz Berghout, ISTAC-IIUM; Rev. Dr. Chong Siaw Fung, Seminari Theologi Malaysia; calon hadiah Nobel Keamaan dunia 2024, aktivisi dan sarjana Dr. Maung Zarni; Madam Mairead Mcquire, Pemenang Nobel Keamanan 1976; Prof Jeffrey Sach dari Columbia University, Dato’ Dr. Ahmad Faizal Perdaus, Mercy Malaysia; Fatma Al Ghusain, AMNA Care Fund, Rula Shadid, Palestine Institute for Public Diplomacy; Prof Mohd Mizan Mohammad Aslam, Univeriti Pertahanan Kebangsaan Malaysia; Prof. Mohammad Naqib Eishan Jan, Universiti Islam Antarabbansa Malaysia, Dato’ Badilsyah Abdul Ghani dan Encik Romil Shamsudin, CENTHRA dan Prof Dato’ Ahmad Murad Merican, ISTAC-IIUM.
Dua panelis forum yang masing-masing memberi padangan dari agama Hindu dan Buddha ialah Prof Suresh Govindhon, Universiti Malaya dan A.K. Nelson Sammie, Sri Lanka Buddhist Temple. Rektor IIUM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kata aluannya menyentuh mengenai pengeboman di Hiroshima yang membabitkan bapa beliau Abdul Razak Abdul Hamid, satu-satunya mangsa trajedi pengeboman itu yang terselamat pada tahun 1945. Ucaptama pada persidangan itu disampaikan oleh Ketua Perlembagaan IIUM, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar.
Hasil persidangan tersebut yang merangkumi Deklarasi dan prosiding akan disebarluaskan dan dimurnikan, serta dibawa ke pelbagai peringkat antarbangsa melalui pelbagai saluran dan mekanisme yang ada.
Jika di bawa ke peringkat antarabangsa, Deklarasi Gombak mempunyai potensi menganjak dan merobah kesedaran dunia dalam membenteras genosid dengan mewujudkan peruntukan dan pelaksanaan pampasan oleh pihak pelaku.
Kini tidak kira di mana genosid berlaku, mangsanya adalah jiran kita.
Teknologi internet telah membolehkan imej yang tidak terungkap itu mendekatkan kita terhadap kelakuan genosid. Kita menjadi saksi kepada angkara kemanusiaan.
Kita tidak dapat elak dari menjadi saksi ke atas malapetaka yang menimpa jiran kita itu.
Dunia memerlukan satu piagam baharu mengenai kesucian dan nilai hidup manusia dalam konteks genosid. Pada dasawarsa mendatang, kita dapat ramalkan kelenturan doktrin ‘hak asasi manusia’ yang dipiagamkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu tahun 1948 yang merupakan respons kepada malapetaka yang berlaku di Eropah seperti yang kita saksikan dari Perang Dunia pertama dan Perang Dunia Kedua serta proses pembebasan politik (dekolonalisasi) negara dan masyarakat yang terjajah.
Kini 76 tahun telah berlalu. Dunia memerlukan sebuah piagam baharu untuk menjamin kesucian dan nilai hidup manusia.
SURAT TERBUKA
Ahmad Murad Merican
Profesor sejarah sosial dan intelektual
Institut Tamadun dan Pemikiran Islam Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM)
dan
Romil Shamsudin
Pengarah Advokasi
Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)