Gambar hiasan

JAKARTA- Indonesia melaksanakan larangan jualan rokok kepada individu berusia 21 tahun ke bawah selain tidak membenarkan sebarang iklan di laman web, aplikasi dan platform media sosial.

Menurut Jakarta Globa, peraturan terbaharu itu turut melarang penjualan sebatang rokok melainkan curut dan rokok elektronik.

Katanya, regulasi yang ditandatangani oleh Presiden Joko Widodo yang turut mensyaratkan setiap kotak rokok mesti diisi dengan sekurang-kurangnya 20 batang selain menghadkan hirisan tembakau kepada maksimum 50 gram.

Untuk rekod, di Indonesia ia dijual di dalam pek yang mengandungi 12 atau 16 atau 20 batang rokok.

Di bawah peraturan baharu itu juga, rokok tidak dibenarkan dijual dalam lingkungan 200 meter daripada institusi pendidikan atau kawasan permainan kanak-kanak.

Menurut kaji selidik kesihatan yang dijalankan pada 2023, amalan merokok dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 18 tahun menurun kepada 7.4 peratus berbanding 9.1 peratus pada 2018.

Bagaimanapun, penggunaan rokok elektronik mencatatkan peningkatan kepada 0.13 peratus berbanding 0.06 peratus.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast