Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menafikan dakwaan yang tular bahawa beliau mengeluarkan arahan kepada PKR bagi melarang pemakaian baju Pakatan Harapan (PH) ketika masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Beliau menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan sebagaimana dakwaan yang tular sejak petang semalam melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv