Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pelakon terkenal, Rafidah Ibrahim membayar RM250,000 kepada seorang usahawan, Datuk Haris Embong dan syarikat miliknya selepas didapati bersalah membuat hantaran berbaur fitnah di media sosial pada 2021.

Hakim Dr. John Lee Kien How@Mohd Johan Lee dalam penghakimannya memutuskan hantaran dikeluarkan oleh Rafidah itu adalah fitnah.

Kata hakim, hantaran itu telah mendedahkan plaintif-plaintif kepada kebencian, penghinaan selain menggunakan perkataan merendah-rendahkan di mata umum.

“Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca dalam hantaran itu untuk menjauhi plaintif-plaintif,” katanya.

Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan dan memerintahkan untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada plaintif pertama (Haris) dan RM150,000 terhadap plaintif kedua (Arisprop).

Sebanyak RM30,000 juga telah diperintahkan dibayar Rafidah sebagai kos kepada kedua-dua plaintif.

Rafidah yang juga pempengaruh bertindak menulis di dalam sosialnya tentang bagaimana syarikat itu tidak membayar hasil kerjanya selepas diberhentikan sekitar Ogos 2021.

Mahkamah juga telah menolak tuntutan balas Rafidah yang menuntut RM4,000 sebagai gaji tertunggak selain bayaran ganti.

Pada masa sama, mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injunksi kepada Rafidah daripada menerbitkan perkataan fitnah terhadap plantif.

Haris dan syarikatnya diwakili peguam Jocelyn Goh serta Foo Hong Chuen manakala Rafidah diwakili peguam Noorhafidzah Abd Rahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast