Himpunan Selamatkan Malaysia
Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Masjid-masjid bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) akan menganjurkan solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada arahan berhubung perkara itu kepada Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah JAWI,  Datuk Mohd Ajib Ismail.

“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat. Kita dapatkan maklumat dulu. Saya minta semua masjid JAKIM dan JAWI untuk mengadakan solat ghaib,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Hamas hari ini mengumumkan pemergian Haniyeh dan mendakwa berpunca daripada serangan Zionis di kediamannya di Tehran.

Haniyeh berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baru Iran Masoud Pezeshkian.- MalaysiaGazette