KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mampu menjana pendapatan sendiri berdasarkan prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lalau yang baik.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim berkata, prestasi ekonomi Pahang ketika ini setaraf dengan Selangor dan Johor.
“Tidak perlu royalti atau wang ehsan seperti Terengganu dan Kelantan pun tiada masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pahang mencatatkan KDNK sebanyak 5.2 peratus bagi tahun 2023, mengatasi KDNK nasional sebanyak 3.6 peratus.
Menurut Kamil, generasi akan datang yang bakal mencorak hala tuju negeri perlu mencontohi tampuk kepimpinan sekarang bagi menjamin kestabilan dan ekonomi terus berkembang.
Tambah beliau, ini penting kerana jika kerajaan negeri tidak dapat ditadbir dengan baik ia boleh menjejaskan kesucian agama dan bangsa pada masa depan. – MalaysiaGazette