Dua lelaki ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang wanita serta memandu secara gopoh hingga melanggar beberapa buah kenderaan lain dalam kejadian di Batu 9, Cheras pada 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun itu diberkas di sekitar kawasan Kajang jam 4 pagi tadi.