hasbie muda pemuda amanah
Mohd. Hasbie Muda ketika menyampaikan pidato Ketua Pemuda pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional Tahun 2022 di Palm Seremban Hotel, Negeri Sembilan. Foto AMIRUL SHAUFIQ 16 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh jelas satu strategi melengahkan genjatan senjata dan mengheret konflik ke kancah perang serantau, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd. Hasbie Muda.

Sambil mengutuk keras pembunuhan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negara menyifatkan ia jelas merupakan satu jenayah perang oleh Israel yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa juga bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Pemuda Amanah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia mengutuk serangan ini dan terus menunjukkan solidariti kepada pejuang-pejuang Palestin.

“Pemuda Amanah mendoakan semoga Allah SWT menerima segala amal beliau dan ditempatkan dalam kalangan syuhada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media antarabangsa melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis’ ke atas kediamannya di Tehran, Iran.

Haniyeh sebelum ini dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran yang diadakan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast