Mahkamah Kuala Terengganu.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Badrulamin Bahron dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak rakannya oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu hari ini.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes.

Kata Mohd Zul, keterangan mangsa tanpa sokongan untuk mengaitkan tertuduh dalam pertuduhan ini.

“Selain itu, terdapat percanggahan keterangan ibu mangsa yang tidak pernah diperbetulkan sehingga akhir kes pendakwaan.

“Setelah menimbang keterangan semua saksi pendakwaan, hujahan bertulis dan meneliti eksibit dikemukakan, saya mendapati keterangan mangsa tiada kredibiliti,” katanya ketika penghakiman hari ini.

Badrulamin didakwa telah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah bot berdekatan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada tahun 2022 terhadap mangsa yang ketika itu berusia lima tahun. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast