Ismail Haniyeh

GEORGE TOWN – Seluruh masjid di negeri ini diseru menunaikan solat jenazah ghaib selepas solat Maghrib esok, susulan kematian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Marzuki Hassan berkata, pelaksanaan itu adalah sebagai tanda solidariti terhadap kejadian yang menimpa pemimpin tersebut.

Dukacita dimaklumkan bahawa Pemimpin Hamas Almarhum Ismail Haniyeh telah terkorban dalam serangan di Iran.

“Sebagai solidariti terhadap kejadian, solat jenazah ghaib ke atas Almarhum akan diadakan di masjid pada esok, selepas solat fardhu Maghrib,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.​

Hamas hari ini mengumumkan pemergian Haniyeh dan mendakwa berpunca daripada serangan Zionis di kediamannya di Tehran.

Haniyeh berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baru Iran Masoud Pezeshkian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast