Datuk C. Sivaraj

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran mempersoal bagaimanakah maklumat peribadi dapat diakses oleh operator-operator judi.

Beliau berkata, mangsa yang terkesan secara langsung akibat judi atas talian mengakui mendapat pelawaan bermain judi atas talian menerusi telefon bimbit sama ada melalui mesej pesanan ringkas (SMS) atau Whatsapp.

“Bagaimana mereka memperoleh nombor telefon dan maklumat peribadi individu-individu, sehingga mereka boleh melakukan pemasaran secara terus? Ini adalah persoalan yang perlu kita jawab dengan segera.

“Apakah natijah judi atas talian ini kepada individu, komuniti,keluarga dan negara? Jika maklumat peribadi kita dijual kepada syarikat-syarikat judi seperti Winbox, apakah langkah kerajaan dalam menangani isu ini?

“Kenapakah pihak polis dan penguatkuasa lain tidak mengambil sebarang tindakan yang konkrit untuk membanteras dan menghentikan syarikat judi atas talian yang merosakkan akidah masyarakat Malaysia?,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sivaraj berkata, judi atas talian bukan sekadar penipuan sebaliknya sudah menjadi ‘barah’ yang menyebabkan rakyat kehilangan berbilion ringgit setiap tahun.

Dalam pada itu, Sivaraj mencadangkan Malaysia supaya menjalinkan kerjasama dengan negara lain dalam usaha memperkukuhkan perlindungan data peribadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast