Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kedai serbaneka terkenal dari Korea Selatan, emart24 bercadang untuk membuka 17 lagi cawangan di Pantai Timur berikutan peningkatan permintaan terhadap makanan dan minuman jalanan dari negara tersebut.

Ketua pegawai eksekutif emart24 Holdings Sdn Bhd, Vuitton Pang berkata, pihaknya yakin kedai tersebut dapat memenuhi cita rasa dan pilihan pelanggan Malaysia dengan kualiti konsisten dalam penjualan produk makanan dan minuman, selain dijual pada harga yang berpatutan.

“Kami merancang untuk menambah jumlah cawangan di Pantai Timur daripada 28 kepada 45 cawangan menjelang akhir tahun ini, sekali gus dapat mewujudkan ratusan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Selain itu, kami juga berhajat untuk menggandakan jumlah cawangan di Terengganu daripada tujuh kepada 15 cawangan menjelang akhir tahun ini, manakala di Kelantan, kami akan menambah enam lagi cawangan selain 14 cawangan yang sedia ada di sana.

“Untuk Pahang, emart24 telah mengenal pasti tiga lokasi baharu dan menjadikan jumlah 10 cawangan menjelang akhir tahun ini selain tujuh cawangan yang sedia ada sekarang,” katanya.

Syarikat itu juga bersedia menerima cadangan daripada pemilik hartanah yang dapat memenuhi keperluan cawangan emart24 di kawasan kejiranan mereka.

“Kami teruja dengan sambutan yang menggalakkan dan oleh itu, kami ingin membalas jasa pelanggan kami di mana sahaja mereka berada termasuk di bandar-bandar kecil,” tambahnya.

emart24 telah memasuki pasaran Malaysia pada 2021 dengan mengguna pakai slogan Rasa Korea, Hari Ceria, untuk menggambarkan jenamanya sebagai “destinasi Street Food Korea yang lazat bagi menceriakan hari anda”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast