KUANTAN – Dua buah kedai makan di Pekan River Front, Pekan nyaris rentung dalam kebakaran pagi tadi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.53 pagi.
Beliau berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dikejarkan ke lokasi dn berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian.
“Dua buah kedai itu jenis kekal dengan keluasan setiap kedai 18 X 15 kaki persegi. Anggaran kemusnahan kedai pertama ialah 80%, manakala anggaran kemushanah kedai kedua ialah 10%,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut.
Zulfadli memberitahu bahawa kerja-kerja overhaul sedang dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran semula berlaku di lokasi kejadian.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette