fb Hannah Yeoh.

PARIS – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.

Hannah berada di sini menerusi hantaran di Facebook rasminya dilihat bersama-sama memberikan dorongan kepada gandingan tersebut selepas usaha mara ke pentas final di Porte de La Chapelle Arena di sini pagi ini (petang di Malaysia) tidak kesampaian.

Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam aksi sengit separuh akhir selama 78 mnit.

“Usaha untuk meraih pingat emas mungkin telah berakhir hari ini di Paris bagi Pearly dan Thinaah tetapi saya mengingatkan mereka ini – di sebalik memburu emas ini adalah semangat kecemerlangan yang kita mahu atlet dan generasi muda Malaysia bawa dalam setiap tugasan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemain tersebut jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan berjuang habis-habisan hingga mengheret lawan ke set penentuan.

Pearly-Thinaah berpeluang mencipta sejarah selaku pemenang pingat pertama Malaysia dalam acara itu apabila bertemu Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi penentuan pingat gangsa esok. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast