Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukan RM15 juta kepada usahawan yang memiliki sijil halal untuk mengembangkan perniagaan dalam industri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, inisiatif itu wajar dimohon oleh usahawan yang berkelayakan.

“Mereka yang layak boleh memohon bantuan pinjaman ini melalui Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

“Peruntukan ini sebagai tanda sokongan kepada usahawan–usahawan yang mematuhi persijilan ini melalui satu tabung pinjaman khas.,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan tabung khas tersebut akan diuruskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut beliau, peruntunkan itu sebagai tanda sokongan kepada usahawan–usahawan yang mematuhi persijilan ini melalui satu tabung pinjaman khas.

Tambah Syed Ibrahim sehingga kini lebih 500 usahawan direkodkan memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negeri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast