Ismail Haniyeh mati pada 31 Julai 2024 selepas serangan yang dipercayai oleh Israel.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Allahyarham Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin pada 2 Ogos ini.

Beliau akan diiringi Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Shamsul Anuar dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Jenazah Allahyarham Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail.

“Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepimpinan dan rakyat Palestin. Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” katanya dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette