penjara
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia susulan pencerobohan tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) bagi memungut durian.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, tangkapan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Penolong Pengurus PKPP petang semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. – MalaysiaGazette