BEIRUT – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) AS di sini menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan dengan “sebarang tiket yang ada”, di tengah-tengah kebimbangan perang habis-habisan antara Israel dan Hezbollah dan konflik serantau yang lebih luas.
Walaupun terdapat penggantungan dan pembatalan penerbangan, “pilihan pengangkutan komersial untuk meninggalkan Lubnan tetap tersedia”, kata kenyataan kedutaan itu.
Tambahnya: “Kami menggalakkan mereka yang ingin berlepas dari Lubnan untuk menempah sebarang tiket yang tersedia untuk mereka, walaupun penerbangan itu tidak berlepas serta-merta atau tidak mengikut laluan pilihan pertama mereka”. – AFP