Gara-Gara Takut Dicederakan Pemandu CRV Heret Motosikal 100 Meter #MGFlash

Akibat panik dan takut dicederakan, seorang lelaki berusia 50 tahun yang memandu kereta Honda CRV mengheret motosikal sejauh 100 meter di Jalan Rawang-Bestari Jaya, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati Ketika pengadu berada di hadapan kedai KK Mart di Bandar Country Homes, sebuah kereta Honda CRV telah melanggar motosikalnya semasa mengundur keluar daripada parkir.