Sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser dan sebuah Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat, di Jalan Pan Borneo, Miri Bintulu, Bukit Song, Miri, Sarawak.
Komander Operasi, PBK II Rorudi Umas berkata, beliau bersama 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP, Lopeng telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan pada jam 5.49 petang, semalam.