Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

SUBANG – Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit sindrom down ditemukan mati terlantar di atas katil di dalam kediamannya di sebuah perumahan USJ 6, di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata,  pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kematian kanak-kanak perempuan warga Filipina itu pada jam lebih kurang 10.01 malam.

Katanya, laporan tersebut dibuat sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak malang berusia 11 tahun itu.

“Bertindak atas laporan itu pasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan  hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian telah mengesahkan kematian kanak-kanak istimewa itu pada pukul 7.51 malam.

“Mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, polis telah selesai merakam keterangan daripada ibu kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan lanjut.

“Kanak-kanak yang meninggal dunia itu sebenarnya seorang penghidap sindrom down sejak lahir lagi dan hanya terlantar di atas katil di rumahnya.

“Bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau penderaan dikesan pada anggota badan kanak-kanak itu,” katanya.

Kes telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast