Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan dua bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri.

Kedua-dua bilik gerakan PRK DUN N.43 Nenggiri akan beroperasi mulai 3 Ogos 2024 hingga 17 Ogos 2024 dengan alamat dan waktu operasi seperti berikut:

SPRM Negeri Kelantan
Lot 2927, Kompleks SPRM Negeri Kelantan Jalan Sultan Yahya Petra,
Peti Surat 6000,
15990 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 24 jam
(ii) SPRM Cawangan Gua Musang
Aras 1 Bangunan Persekutuan,
18300 Gua Musang, Kelantan.

Waktu operasi bilik gerakan ini dari 8 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 09-7661800 sambungan 1970.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Plihan Raya 1954. – MalaysiaGazette