Peserta Himpunan Pembebasan Palestin mendengar upacan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi skrin di Stadium Nasional Bukit Jalin berikutan kepadatan peserta di Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil. Foto SADIQ SANI, 04 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Kebanjiran orang ramai ke Himpunan Pembebasan Palestin malam ini mengakibatkan Axiata Arena terlalu padat.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya terpaksa membuka Stadium Nasional Bukit Jalil yang berada di sebelah stadium tertutup itu sebagai venue tambahan.

“Setakat ini lebih 12,000 orang sudah berada di dalam Axiata Arena dan kehadiran orang ramai masih belum surut.

“ Oleh demikian kita terpaksa membuka stadium bola sepak (SNBJ) bagi membolehkan lebih ramai peserta dapat menyertai Himpunan Pembebasan Palestin, malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Peserta Himpunan Pembebasan Palestin mendengar upacan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi skrin di Stadium Nasional Bukit Jalin berikutan kepadatan peserta di Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil. Foto SADIQ SANI, 04 OGOS 2024

Tambah beliau setakat ini keadaan di sekitar Axiata Arena terkawal dari aspek keselamatan dan juga aliran trafik.

Menurut beliau, seramai 428 pegawai dan anggota dari pelbagai elemen PDRM termasuk anggota trafik diaturgerakkan dalam tugas di lapangan untuk menjamin kelancaran trafik serta keselamatan di lokasi acara malam ini.

“Setakat ini keadaan terkawal sepenuhnya di dalam dan juga di luar kawasan Axiata Arena,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir dan berucap pada acara kemuncak Himpunan pembebasan Palestin malam ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast