Reaksi Lee Zii Jia selepas tumpas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Viditsarn pada perlawanan separuh akhir perseorangan badminton lelaki Sukan Olimpik Paris 2024. AFP

KUALA LUMPUR- Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal mengorak langkah ke final apabila tewas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris, hari ini.

Pemain ranking ketujuh dunia itu terpaksa akur kepada kehebatan pemain nombor lapan dunia itu apabila tewas 14-21, 11-21 pada aksi mendebarkan di Porte de la Chapelle Arena.